Jadi Ibu Bapa Jangan Berlagak Seperti Orang Bujang

Hari ini kami nak kongsikan luahan hati seorang hamba Allah yang amat bengang dengan sikap lepas tangan segelintir ibu bapa dalam hal menjaga anak-anak.

Di bawah kami siarkan semula luahan tersebut yang di petik dari laman Facebook Kisah Rumah Tangga yang mana ia ditujukan kepada ibu atau bapa yang ada anak, tapi berlagak seperti orang bujang.

Semoga apa yang diluahkan itu menjadi pengajaran kepada kita semua. Cukuplah mak ayah bersusah payah membesarkan kita dahulu. Bagi mereka rehat yang cukup sambil menenangkan fikiran dan melakukan amal ibadah.

Kami rasa kasihan apabila melihat atuk atau nenek berulang-alik, berpanas menghantar cucunya ke sekolah, kelas tuisyen atau pergi mengaji. Mereka ini bagaikan tiada tempat mengadu untuk meluahkan perasaan dan rasa penat apabila terpaksa mengambil alih tanggungjawab anak-anak demi cucu kesayangan.

Sebagai ibu bapa dan juga anak, berhentilah menyusahkan hidup orang tua. Mereka juga perlu mengumpul 'bekalan' untuk dibawa menemui penciptaNya kelak.

grandfather-and-grandson

Assalamualaikum.

Posting ini khas buat mana-mana ibu atau bapa yang punya anak, tapi masih berlagak macam orang bujang lagi. Mata aku dah berbulu duk perhati perangai tak semenggah korang nih..

Apa masalah korang hah?

1. Bila orang lain buat aktiviti atau riadah, kau pun mengada-ngada nak join sekali. Contoh, bila kawan-kawan atau adik-beradik bawa anak masing-masing bermain di pantai pantai atau taman, kau pun sibuk nak ikut. TAPI??? Malas nak pantau anak..kau harapkan orang lain yang jaga anak kau. Apa kau ingat orang tu tak ada anak ke nak jaga?

Paling aku tak tahan, bila anak kau pula yang melebih-lebih manja dengan mak bapak budak lain. Sampai budak tu menangis kena buli dengan anak aku pun, kau buat bodoh dengan main phone..paling tak pun, ko cuma bunyi suara je "Kakak, main elok2", pastu sambung scroll Facebook.

What the heck! Kalau orang lain tu memang volunteer nak jaga anak kau, biaq pi lah..ini orang tu dah jeling 3,4 kali pun kau buat dek tak perasan. Mana nak perasan, dah duk hadap sangat dengan fon tu. Sumbat fon dalam mulut kau baru tau!

2. Kau expect mak bapak kau yang jaga anak kau. Yang ini lagi What The Heck. Yang ini selalunya jadi bila yang duk bandar ni balik kampung sekali sekala. Terus dibuatnya mak bapak macam orang gaji. Kau bagi alasan, alaa..aku balik kampung jarang-jarang. Bagi lah aku chance nak keluar shopping tanpa gangguan. Lagipun, mesti mak ayah aku nak luang masa dengan cucu-cucu dia.

Kepala ayam kau! Kalau dah seharian kau tinggalkan anak-anak yang hyperaktif tu, itu bukan dah spend masa woi..sampai mak ayah tak sempat nak solat dan makan sbb terpaksa jaga anak kau tu..Kadang-kadang siap bagi arahan lagi dekat kat mak.."mak, nati tengahari mak gorengkan ayam untuk anak-anak kita yee...dia orang tak boleh mkn ikan, makan ayam je". Tak terkecuali, adik beradik yg masih belum kahwin. Memang akan jadi babysitter tak bertauliah la..

Aku tau, mesti ada yang akan kecam aku..cakap aku ni busuk hati, berkira dengan adik bradik sendiri. Suka hati kau lah. Aku pun just nak berkongsi pengalaman dari pemerhatian aku je..bukan hanya dalam family aku, dalam family orang lain pun berlambak jenis macam ni.

Kalau tak percaya? Cuba pergi ke taman atau tempat riadah budak-budak, perhatikan gelagat orang-orang yang ada di situ. Confirm! Kau orang akan jumpa mak bapak yang duk ralit main phone padahal anak ntah ke mana.

Korang kena reti bezakan antara minta tolong dengan ambil kesempatan. Aku bukan cakap tak boleh jaga langsung. Tapi kebanyakan ibu bapa hari ini suka ambil kesempatan. Aku dah banyak kali perhati benda ni, dan aku dah menyampah sangat dengan mak ayah jenis tak reti jaga anak ni.

Selalunya orang seperti ini, sekali dah tolong jaga anak-ank dia, kau tengok lah..nanti dia akan makin lepas tangan. Silap-silap tak ingat terus yang dia ada anak. Orang lain pula yang terpaksa, babysit anak-anak dia.

Nasihat aku, kalau kau rasa belum ready nak lepaskan kehidupan bujang, berfacebook, berinstagram semua sampai tak ingat dunia, tak payahlah gatal sangat buat anak.

-MakcikSeninKoboi-
Jadi Ibu Bapa Jangan Berlagak Seperti Orang Bujang Jadi Ibu Bapa Jangan Berlagak Seperti Orang Bujang Reviewed by Siti Norasikin on 11:56 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.