Kad Debit Pay Wave Telan Duit Pengguna?

kad-debit-maybank

Rasa penat disebabkan beratur panjang ketika hendak menukar kad debit belum hilang, timbul pula dakwaan baru mengatakan kad debit yang berlogo 'Pay Wave' menelan duit pengguna ketika melakukan transaksi semasa pembelian.

Dakwaan terhadap kad debit tersebut yang sedang hangat dibahaskan di laman sosial oleh Netizen turut mengundang rasa geliasah orang ramai yang mengikuti perkembangan isu berkenaan.

Seorang pengguna Facebook wanita, yang enggan namanya dikenali mendakwa dia mengalami masalah itu ketika mahu membuat bayaran bagi barangan keperluan sekolah anaknya.

Ketika melakukan transaksi pertama menggunakan kad baru debit di kaunter, urusan bayaran didapati tidak berjaya atau ditolak (Decline) tanpa sebarang sebab. Setelah percubaan pertama gagal, cubaan kali kedua dan ketiga juga turut ditolak.

Oleh kerana tidak berpuas hati, wanita berkenaan mencuba kad debitnya buat  kali keempat, namun tetap ditolak.

Risau kerana tidak mempunyai wang tunai yang cukup, dia telah pergi ke cawangan bank berhampiran untuk mengeluarkan duit melalui mesin ATM.

Bagaimanapun, ketika membuat semakan rekod transaksi melalui aplikasi perbankan atas talian (online), dia mendapati keempat-empat transaksi yang dilakukan sebelum ini berjaya dan wang telah ditolak melalui akaun wanita berkenaan sebanyak empat (4) kali.

Bagi mendapatkan kepastian, wanita itu telah menguhubungi pihak bank bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang hal yang berlaku. Pihak bank menjelaskan bahawa transaksi yang dilakukan sebelum ini berjaya. Tetapi, 'Floating', tidak masuk ke mana-mana akaun.

Untuk mendapatkan kembali wang berkenaan, pihak bank meminta wanita itu supaya mengisi borang yang disediakan. Bank memaklumkan bahawa wang berkenaan akan dipulangkan dalam tempoh masa sebulan dari tarikh aduan.

Rata-rata netizen yang mengikuti isu ini turut memohon kepada pihak bank yang terlibat agar dapat memberi penjelasan lanjut kepada orang ramai berhubung isu ini supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan pengguna kad debit. 
Kad Debit Pay Wave Telan Duit Pengguna? Kad Debit Pay Wave Telan Duit Pengguna? Reviewed by Siti Norasikin on 3:23 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.