Kedi Golf Wanita 'Mesra Alam' Jadi Pilihan Kaki Golf Amatur

Caddie-Golf-Malaysia

Rata-rata pemain golf terutama lelaki akan terpikat dengan kedi wanita kategori 'kelas A' kerana mereka pandai melayan selain bijak membaca garisan, sekaligus memudahkan pemain memasukkan bola ke dalam lubang.

Layanan mesra ini menjadi sejata utama kedi-kedi wanita disemua kelab-kelab terkenal, waima di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Mereka juga menjadi penambat hati pemain-pemain golf lelaki negara ini samada yang bergelar Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, mahupun pemain muda berulangkali bermain di kelab-kelab golf terbabit.

Panggilan seperti "abang sayang", "abang comel", "sayang" misalnya, mampu meruntun jiwa pemain-pemain golf amatur terutamanya mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.

Kerana dek layanan istimewa inilah ada dalam kelangan pemain golf termasuk kalangan orang kenamaan berperang dengan isteri masing-masing apabila mendapat tahu suaminya 'miang' dengan kedi di kelab golf.

Sehubungan dengan itu, dipercayai terdapat kelab-kelab golf tidak menggunakan perkhidmatan kedi wanita di lapangan mereka.

Sumber: Utusan
Kedi Golf Wanita 'Mesra Alam' Jadi Pilihan Kaki Golf Amatur Kedi Golf Wanita 'Mesra Alam' Jadi Pilihan Kaki Golf Amatur Reviewed by Khairuddin Halim on 12:16 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.