Kim K Kembali Aktif di Instagram Selepas Kejadian Rompak

kim-kardashian-kanye-west

Bintang realiti paling seksi Amerika Syarikat, Kim Kardashian dilaporkan mangkatifkan kembali laman Instagram miliknya dengan memuat naik foro bersama suami dan dua anak setelah beberapa bulan menyepikan diri. 

Kim, 36, yang mempunyai 89.6 juta pengikut di Instagram turut memuat naik video berdurasi seminit bersama suami sekali gus menamatkan gosip liar yang tersebar sebelum ini kononya rumah tangga pasangan itu sedang berantakan.

Menerusi video itu, Kim dan suami, Kanye West, 39, dilihat mesra bersama dua anak mereka iaitu North dan Saint.

Kali terakhir Kim dilihat aktif di Instagram pada Oktober lalu sebelum kejadian dia dirompak oleh sekumpulan lelaki di Paris.

Sejak itu, Kim memilih untuk tidak muncul dikhalayak ramai selain berhenti daripada berkongsi gambar-gambarnya dan keluarga di laman sosial popular itu.
Kim K Kembali Aktif di Instagram Selepas Kejadian Rompak Kim K Kembali Aktif di Instagram Selepas Kejadian Rompak Reviewed by Abdul Qayyum on 9:35 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.