Kualiti Lepasan Ijazah di Malaysia Standard Pelajar Sekolah Menengah?

Lant-Pritchett-Malaysia-Graduate

Pasti ramai yang tidak bersetuju dengan kajian seorang profesor dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat yang mengatakan kualiti lepasan ijazah di Malaysia setaraf dengan pelajar tercicir sekolah menengah di Denmark.

Tetapi, sebelum kita menyanggah kenyataan beliau, apa kata kita ikuti dulu penjelasan lanjut dari profesor berkenaan menerusi kaji selidik yang dilakukan ke atas graduan kedua-dua negara yang dikatakan mepunyai persamaan kelemahan,

Memetik laporan FMT, kajian yang dilakukan Profesor Lant Pritchett mendapati tahap kecelikan, pemikiran kreatif dan beberapa aspek lain graduan Malaysia dan Indonesia hampir menyamai dengan pelajar tercicir di peringkat sekolah menengah rendah di Denmark.

Menurut beliau, antara puncanya ialah pelajar gagal menguasai subjek dipelajari ketika di sekolah.

“Ketika mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, mereka sudah ketinggalan jauh. Tiada pemahaman mendalam tentang subjek. Sebaliknya, ia sekadar ingatan hafalan, menggunakan teori dan meluahkannya dalam peperiksaan,” kata Pritchett.

Tambahnya, ukuran sebenar pendidikan ialah penguasaan mata pelajaran dengan aplikasi praktikal dan tidak terhad kepada hafalan semata-mata.

Beliau berkata, sistem sepatutnya menakrifkan semula peranan pendidikan kepada bukan sahaja persekolahan yang menumpukan kehadiran, tetapi juga idea supaya generasi muda mampu menempuh abad ke-21.
Kualiti Lepasan Ijazah di Malaysia Standard Pelajar Sekolah Menengah? Kualiti Lepasan Ijazah di Malaysia Standard Pelajar Sekolah Menengah? Reviewed by Abdul Qayyum on 10:44 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.