Lelaki Curi-Curi Masuk Zoo Mati Dibaham Harimau

malayan-tiger-kill-chinaman

Disebabkan harga tiket untuk memasuki taman hidupan liar terlalu mahal, dua orang lelaki bertindak memanjat tembok zoo setinggi tiga meter sebelum mati dibaham harimau.

Kejadian malang tersebut dilaporkan berlaku di sebuah zoo di Ningbo, timur China. Rakaman video kejadian yang viral di media sosial menunjukkan mangsa di heret seekor harimau disaksikan beberapa beberapa harimau lagi.

Memetik laporan  South China Morning Post, usaha menyelamat mangsa mengambil masa lebih sejam dengan kakitangan zoo menggunakan pelbagai cara, termasuk mercun dan meriam air namun harimau itu enggan melepaskan mangsanya sebelum akhirnya ia ditembak mati.


Menurut keterangan pengurusan zoo berkenaan, dua lelaki dikenali sebagai Zhang dan rakannya, Li, tidak membeli tiket masuk.

Berdasarkan rakaman CCTV, mereka memanjat tembok luar di sebelah utara zoo serta tidak menghiraukan papan tanda amaran bahaya sebelum dia diserang haiwan buas itu.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua mereka datang bersama keluarga namun isteri dan dua anak Zhang masuk menggunakan tiket.

Bayaran masuk ialah 130 yuan (RM83.76) untuk dewasa dan 70 yuan (RM45) untuk kanak-kanak.
Lelaki Curi-Curi Masuk Zoo Mati Dibaham Harimau Lelaki Curi-Curi Masuk Zoo Mati Dibaham Harimau Reviewed by Siti Norasikin on 1:51 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.