Madonna Mahu 'Letupkan' White House Kerana Marah Presiden Trump

usa-trump-madonna

Pemilihan Donald Trump selaku Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 tidak begitu disenangi golongan artis di negara itu.

Antara artis yang tidak ketinggalan menyuarakan bantahan dan kritikan terhadap presiden baru negara Uncle Sam itu ialah Madonna.

Penyanyi Pop terkenal itu menzahirkan perasaan marahnya seperti mahu 'meletupkan' White House sebaik sahaja bilionair itu selesai mengangkat sumpah di Bangunan Capitol.

trump-president

Memetik laporan Mirror.co.uk, Madonna menyertai domonstrasi yang disertai wanita di seluruh Washington itu bagi menegakkan  isu kesaksamaan jantina, bantuan perubatan serta beberapa hal lain.

Pada perarakan itu, Madonna menyampaikan lagu terbarunya bertajuk Express Yourself yang mana liriknya mengutuk Trump. Demonstrasi tersebut turut disertai bintang Harry Potter, Emma Watson, Scarlett Johansson dan penyanyi Cher.
Madonna Mahu 'Letupkan' White House Kerana Marah Presiden Trump Madonna Mahu 'Letupkan' White House Kerana Marah Presiden Trump Reviewed by Siti Norasikin on 9:51 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.