MARA Diarah Tangguh Beri Tajaan Kecuali Pendidikan Untuk Elak Spekulasi

ismail-sabri-mara

Bagi memastikan tidak timbul lebih banyak spekulasi berhubung isu 'Siapa Di Pihak Yang Benar Antara TMJ dan Annuar Musa', pada masa akan datang, dua entiti iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah diarah menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan kepada Bernama berkata, hanya tajaan berkaitan pendidikan dibenarkan, manakala sebarang penajaan lain perlu diteliti terlebih dahulu.

Beliau turut memberitahu bahawa pihaknya tidak pernah dimaklumkan tentang perkara ini (penajaan The Red Warrior).

Katanya, untuk tidak mengusutkan lagi keadaan, pihaknya kini sedang mendapatkan loporan terperinci dari UniKL dan Mara sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan berhubung perkara ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya isu penajaan pasukan The Red Warriors (TRW) yang mana bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan beliau telah menggunakan kedudukannya untuk memastikan Mara dan UniKL menaja pasukan itu.
MARA Diarah Tangguh Beri Tajaan Kecuali Pendidikan Untuk Elak Spekulasi MARA Diarah Tangguh Beri Tajaan Kecuali Pendidikan Untuk Elak Spekulasi Reviewed by Khairuddin Halim on 3:40 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.