'Mengaku Kawan Baik Tapi Majlis Kahwin Aku Pun Kau Tak Datang'

Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran.

Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Apabila seseorang di antara kalian diundang untuk menghadiri Walimatulurus, penuhilah. (HR. Muslim)

Dan

Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah/pernikahan, sungguh dia telah durhaka pada Allah dan Rasul-Nya. (HR. Muslim).

Jom ikuti luahan seorang wanita yang sedih, kesal dan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat hari ini yang kini tidak lagi begitu peduli tentang kewajiban untuk hadir ke majlis walimatul 'arus atau majlis kenduri kahwin.

majlis-kenduri-kahwin

I don't know why. But I'm sorry.

Beberapa buah walimah rakan dan sahabat sebelum ni saya hadir. Tapi jujur saya katakan, tak sampai 10 orang yang sungguh-sungguh saya kenal dalam majlis tu. Rakan-rakan yang still connected. Mana yang lain? Pengantin senyum. Jemput sesungguhnya. Bukan tak jemput.

Ada seorang hamba Allah. Jenis yang mewajibkan diri hadir setiap walimah yang jemput dia. Kecuali ada aral yang langsung tak boleh excuse. Rajin ziarah rakan-rakan. Once dia buat walimah anak dia, daripada 1,000+ jemputan, hanya 200+ yang hadir. Lauk-pauk yang terbiar sampai ke petang ada yang terpaksa tanam. Allah. Saya dengar ini, terguris. Pedih hati walau bukan ujian diri.

Ada yang diuji. Jenis rajin ziarah rakan-rakan karib tiap kali hari raya. Kalau berita sakit, pun hadir. Dari jauh, sampailah ke dekat. Namun, sampai hayat dia, tiada berbalas ziarah. Setiap tahun raya tak semua yang betul-betul usaha nak balas- datang ke rumah kembali. Hanya manis-manis mulut dibiar basi, 'Jemput datang rumah'.

Lama saya menungkan hal ini. Berfikir.

Andai jarak jauh menjadi alasan tapi tiada aral, apalah salahnya berkorban wang dan masa hanya sekali seumur hidup? Sekali. Bermaksud tak pernah ziarah langsung sebelumnya.

Andai tarikh bersilang, apalah salahnya berusaha hadir sebelum walimahnya- ziarah sebagai tanda berkehendak meraikan?

Andai tiada kenderaan, apalah salahnya usahakan sesama rakan satu jalan?

Melainkan memang langsung tiada kesempatan. Benar-benar ada alasan yang menghalang kehadiran. Maka raikan sahaja mereka dari jauh dengan doa.

Kalau kenalan itu pernah beberapa kali hadir menziarahi tempat kita berteduh, itu lebih patut untuk kita usaha raikan. Selagi mampu. Walau sekali seumur hidup. Usahakanlah.

Jemputan walimah bukan sengaja berbahasa bermanis mulut. Mesti tuan rumah dah target anggaran makanan untuk tetamu. Dan tentu sekali berserta harapan.

Orang kita.
Tak dijemput- bertanya, berwajah makan hati.
Bila dijemput- ala kadar, ada kesempatan.
...

Ingat.
Setiap muslim ada hak ke atas saudaranya yang lain. Salah satu yang Rasulullah SAW sebut apa? Ya. Penuhi undangan bila diundang.

Ulamak sepakat menyebut, undangan yang disyariatkan yang wajib dipenuhi adalah WALIMAH. Kalau ada dua kali, wajib yang pertama sahaja. Melainkan undangan walimah tu bersifat umum. Macam sebar di FB tanpa mention sesiapa. Itu tak wajib. Kalau personal, wajib. Usahakanlah. 

Walimah yang wajib ni adalah pada yang ikut garis syariat. Yang jemput tu orang Muslim. Dan tak ada unsur maksiat yang tak boleh dicegah. Kalau ada unsur maksiat dan tak mampu cegah, gugur hukum wajib.

*Bab hukum ni, banyak. Bermacam jenis. Study lagi dengan orang yang lebih faqih. (Post ini saya fokuskan yang wajib. Harap tak ada jelmaan pelik-pelik.)

Wallahualam.
'Mengaku Kawan Baik Tapi Majlis Kahwin Aku Pun Kau Tak Datang' 'Mengaku Kawan Baik Tapi Majlis Kahwin Aku Pun Kau Tak Datang' Reviewed by Siti Norasikin on 2:47 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.