Menyewa Lebih Baik Dari Beli Rumah Waktu Ini - Pakar Hartanah

'Jangan beli rumah tahun ini, teruskan menyewa..'

Saranan di atas ditujukan kepada bakal pembeli rumah yang merancang untuk membeli rumah pada tahun ini (2017).

Seorang perunding hartanah dan juru ukur bertauliah, Ernest Cheong yang berpengalaman selama 40 tahun dalam bidang ini berkata membeli rumah pada masa ini umpama tindakan “bunuh diri”.

Beliau turut menasihatkan bakal pembeli agar menunggu sehingga harga hartanah jatuh.

Katanya, sementara menunggu harga hartanah jatuh, bagi mereka yang belum memiliki rumah digalakkan supaya menyewa dahulu.

beli-sewa-rumah.png

Memetik laporan FMT, Chong berkata membeli hartanah ialah komitmen besar dan itu sebabnya apabila ekonomi perlahan dan kos sara hidup meningkat, lebih wajar untuk menyewa rumah.

"Bila menyewa, anda ada fleksibiliti untuk terus hidup.

Katakan anda sewa rumah RM2,000 dan kehilangan kerja atau isteri hilang kerja, anda masih boleh menyewa di tempat yang lebih murah.

Tetapi anda tidak boleh berbuat demikian jika ansuran bayaran bulanan rumah anda kepada bank ialah RM2,000 sebulan.

Betul, anda boleh sewakan rumah yang anda beli dan kemudian menyewa di tempat lebih murah, tetapi soalannya ialah dapatkah anda cari penyewa yang mahu membayar RM2,000 atau boleh atau tidak anda sewakan ia pada kadar itu sedangkan terdapat banyak rumah lain untuk disewa," ujarnya.

Cheong mencadangkan bakal pembeli hanya membeli rumah jika mereka rasa cukup selesa dengan bayaran bulanan itu bagi sepanjang tempoh pembiayaan, atau jika harga rumah jatuh.

"Bayaran balik bulanan rumah tidak sepatutnya melebihi 25% pendapatan isi rumah sesebuah keluarga.

Lebihan 75% sepatutnya disimpan untuk kegunaan perbelanjaan kehidupan dan jika boleh, sebagai simpanan.

Orang ramai mesti ingat tempoh bayaran balik pinjaman rumah biasanya 30 tahun. Dalam tempoh 30 tahun itu, kos sara hidup boleh meningkat tetapi gaji mereka mungkin bertambah tidak sebanyak mana pun," katanya.


Cheong berkata pada masa ini, pemaju dan penjual rumah nampaknya enggan menurunkan harga mereka dan orang ramai perlu mengambil kesempatan terhadap pasaran sewaan rumah di mana harga sewa jatuh susulan bekalan rumah sewa berlebihan.

Tahun lalu, dilaporkan 18,908 daripada 81,894 unit hartanah perumahan dan komersial dilancarkan pada suku pertama 2016, belum dapat terjual. Nilai unit yang masih belum dijual itu ialah RM9.4 bilion.
Menyewa Lebih Baik Dari Beli Rumah Waktu Ini - Pakar Hartanah Menyewa Lebih Baik Dari Beli Rumah Waktu Ini - Pakar Hartanah Reviewed by Khairuddin Halim on 11:05 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.