Panduan Memasang Snap Widget Instagram di Blogspot

snapwidget-started

Ramai bertanya kepada kami bagaimana cara untuk mempamirkan foto-foto yang terdapat di Instagram ke dalam blog.

Untuk tidak menghampakan kepada yang bertanya, dalam segmen blogging tips kali ini kami kongsikan cara atau panduan memasang Snap Widget Instagram di Blogspot.

Tapi sebelum itu, kami nak cerita sikit salah satu kelebihan memasang widget ini. Selain dari blog kita kelihatan menarik dan professional, widget ini juga boleh dijadikan sebagai pengganti banner iklan di blog. Kira macam widget serampang dua mata.

Langkah pertama untuk mencipta widget ini ialah dengan pergi ke laman web Snapwidget.Com. Selepas itu pada halaman utama, klik butang 'Get Started Today'. Pada halaman berikut akan terpapar seperti dalam gambar di bawah.

snapwidget-account

Kemudian, untuk langkah kedua, ciptakan akaun Snapwidget anda samada melalui akaun Facebook atau isi borang (Form) yang disediakan sehingga berjaya kemudian log masuk ke halaman 'Dashboard'.

Untuk langkah ketiga pula, ciptakan kod widget terlebih dahulu dengan menekan butang 'Create A New Widget'. Pada halaman ini terdapat banyak pilihan lokasi untuk kita pilih bagi menentukan kedudukan widget berkenaan di dalam blog. Pilih mengiikut citarasa anda samada nak yang 'Grid' atau 'Slideshow' atau yang lain.

snapwidget-layout

Setelah membuat pilihan, pada langkah keempat, tekan butang 'Create Your Widget' bagi menetapkan 'User Name', saiz gambar dan sebagainya. Setelah tetapan dibuat, tekat butang 'Preview' untuk lihat hasilnya.

snapwidget-setting

Sekiranya anda berpuas hati, tekan butang 'Get Widget' untuk mendapatkan kod HTML. Selepas itu, salin (Copy) kod berkenaan dan masuk ke akaun blogger. Bila sudah log masuk, pilih tata letak kemudian pilih 'Add Widget' dan pilih 'HTML/JavaScript'. Selepas itu, tampalkan (Paste) di ruangan yang disediakan, kemudian tekan 'Save' untuk menyimpan

Akhirnya, galeri foto Instagram akan tampil di blog kita. Antara kekurangan dari widget ini adalah bila foto diklik ia tidak akan mengarah ke laman Instagram. Bagaimanapun, foto-foto di Instagram tersebut dapat dilihat oleh pelawat yang mengunjungi blog kita.
Panduan Memasang Snap Widget Instagram di Blogspot Panduan Memasang Snap Widget Instagram di Blogspot Reviewed by Khairuddin Halim on 10:17 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.