Pengumuman Duit BR1M Masuk 18 Feb Ini Gembirakan Netizen

BR1M-Febuari-2017

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Facebook dan Twitter miliknya, mengumumkan bahawa pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada yang layak akan diagihkan bermula 18 Febuari ini.

Pengumuman tersebut dibuat selepas beliau meneliti pertanyaan Netizen di laman sosial yang bertanyakan tentang tarikh pemberian BR1M tersebut.

Beliau turut menyatakan harapan agar pemberian wang BR1M ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kepada mereka yang layak.

Tinjauan menerusi beberapa portal berita utama mendapati, rata-rata Netizen gembira dan berterima kasih dengan pengumuman perdana menteri tersebut. Mereka berharap agar BR1M ini dapat diberi pada setiap tahun.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.

Pada pembentangan Bajet 2017, Kerajaan mengumumkan kadar BR1M dinaikkan bagi semua kategori setelah mengambil kira sambutan dan maklum balas yang positif daripada rakyat.

Menurut Perdana Menteri, keseluruhan program BR1M ini akan memanfaatkan seramai tujuh juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.
Pengumuman Duit BR1M Masuk 18 Feb Ini Gembirakan Netizen Pengumuman Duit BR1M Masuk 18 Feb Ini Gembirakan Netizen Reviewed by Khairuddin Halim on 12:55 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.