Remaja Sekolah Bina Laman Web Bernilai RM28 Juta

Yakin dengan potensi laman webnya www.weneed1.com mampu menjana pendapatan lebih lumayan pada masa akan datang, seorang remaja berusia 16 tahun menolak tawaran bernilai  £5juta (RM 28juta) dari sebuah syarikat data global yang berpangkalan di Amerika.

Mohammed Ali yang juga pelajar A Level dari Dewsbury itu berkata, sebelum tawaran tersebut ditolak pada Disember lepas, beberapa hari sebelum perayaan Krismas, wakil dari syarikat berkenaan ada membuat rundingan mengenai pembelian laman webnya.

mohammed-ali-weneed1
Mohammed Ali - Foto Mercury

"Kami bertemu pelabur di London, mereka adalah syarikat data global dan mereka tidak menyedari saya yang membangunkannya.

"Alasan utama saya menolak tawaran itu adalah, jika teknologi dan konsep telah bernilai jutaan dolar, cuba bayangkan berapa nilai jika orang mula menggunakannya," ujarnya.

Ali berkata, dia menyedari ia adalah risiko besar menolak sejumlah wang dari pelabur Amerika namun dia mahu mencipta sesuatu untuk diri sendiri.

Ini bukan pertama kali dia berjaya meraih pendapatan sendiri melalui kemahirannya itu.

Sebelum ini projek permainan videonya, Project 2006 berjaya menjana pendapatan £30,000 (RM 167,735) pada tahun 2012.

Usahasama bersama rakan kongsi perniagaan berusia 60 tahun Chris Thorpe akan dilancarkan pada 28 Januari ini. - Metro.uk
Remaja Sekolah Bina Laman Web Bernilai RM28 Juta Remaja Sekolah Bina Laman Web Bernilai RM28 Juta Reviewed by Khairuddin Halim on 11:47 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.