Rumah Tangga Hanez Suraya Goyang Tapi Belum Runtuh

Hanez-Suraya-Keluarga

Impian segelintir Netizen yang berharap agar rumah tangga pelakon Hanez Suraya bersama pasanganya, Romie Razin Adilha Abd Rais runtuh nampaknya tidak menjadi kenyataan memandangkan mereka berdua sekarang ini sedang berbaik semula.

Memetik laporan Mstar, Hanez Suraya Abdul Aziz, 31, berkata, ketika ini  dalam proses untuk menyelesaikan masalah yang terjadi dalam rumah tangga yang dibina hampir dua tahun itu.

"Kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan, cuma saya dan suami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Apa yang berlaku biarlah kami selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi dan tokok tambah dari pihak-pihak tertentu," ujarnya menerusi laman Instagram.

Pada Isnin lalu, aktres ini dilaporkan telah memfailkan perceraian secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Hanez-Suraya-Cium

Bagaimanapun, pelakon itu didakwa tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguam.

Dalam pada itu, Hanez memohan maaf kerana mengambil langkah untuk berdiam ketika berita itu tersebar.

Katanya, dia perlu mengambil ruang untuk bertenang sebelum menjelaskan isu berkenaan kepada umum.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak kerana mengambil langkah untuk diam. Bukan berdiam mengiyakan dan menafikan cuma mengambil masa untuk mencari ruang untuk tenang.

"Syukur Alhamdulillah, suami saya juga tenang dengan apa yang berlaku ini. Terima kasih sokongan kuat dari keluarga dan rakan-rakan rapat di luar. Doakan yang baik-baik untuk kami," ujarnya.

Hanez Suraya dan Romie, 37, berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Aleesya yang kini berusia 13 bulan.
Rumah Tangga Hanez Suraya Goyang Tapi Belum Runtuh Rumah Tangga Hanez Suraya Goyang Tapi Belum Runtuh Reviewed by Khairuddin Halim on 12:20 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.