Samsung Tawar Peranti Galaxy A5 & Galaxy A7 Yang Mampu Milik

Samsung-Galaxy-A5-A7

Biarpun tahun 2017 dikatakan tahun paling sukar dan mencabar bagi rakyat Malaysia ekoran dari kenaikkan kos sara hidup dan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Namun, situasi tersebut bukanlah penghalang bagi pengemar gajet terkini untuk mendapatkan peranti mudah alih kesukaan mereka.

Baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd telah melancarkan dua peranti baharu dalam Galaxy A Series (2017), iaitu  Galaxy A5 dan Galaxy A7.

Peranti mudah alih ini adalah model terbaru di pasaran Malaysia dan akan memenuhi keperluan orang ramai yang mendambakan kespontanan serta kenikmatan hidup dengan cara paling memuaskan.

Kami difahamkan, kedua-dua peranti itu adalah yang pertama dalam telefon pintar kelas pertengahan Samsung mempunyai penarafan kalis habuk dan air IP68.

Selain kalis air dan habuk, peranti ini turut dilengkapi kamera depan 16 megapixel dan kamera belakang dengan f1.9 lensa dan cahaya untuk imej lebih jelas dan cantik walaupun dalam cahaya suram atau pada waktu malam, serta mempunyai satu ciri baharu, iaitu butang kamera terapung yang boleh digerakkan dengan bebas di atas skrin.

Galaxy A Series baharu (2017) juga telah dipertingkat kepada ketumpatan tinggi penuh 5.7 inci dan 5.2 inci paparan skrin Super AMOLED.

Ciri lain termasuk bateri yang lebih besar - 3,600mAh untuk A7 dan 3,000mAh untuk A5, keupayaan cas lebih pantas, penstoran boleh diperbesar sehingga 256GB, folder lebih selamat dan Samsung Cloud.

Boleh diperoleh dalam warna Black Sky dan Gold Sand, model terbabit akan dijual di kedai jenama Samsung di seluruh negara mulai 25 Januari pada harga runcit RM1,899 untuk Galaxy A7 dan RM1,699 untuk Galaxy A5, termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Samsung Tawar Peranti Galaxy A5 & Galaxy A7 Yang Mampu Milik Samsung Tawar Peranti Galaxy A5 & Galaxy A7 Yang Mampu Milik Reviewed by Siti Norasikin on 10:58 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.