SPRM Dedahkan Cara Menyiasat Penjawat Awam Terbabit Rasuah

sprm-penjawat-awam-rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan telah mendedahkan kepada orang ramai bahawa pihaknya kini sedang memantau status  Facebook dan Instagram milik pejawat awam dan ahli keluarga mereka yang gemar mempamirkan kemewahan  mereka di laman sosial tersebut.

Selain itu, aktiviti bermain golf di luar negara melibatkan penjawat awam berjawatan tinggi, serta kegiatan pegawai kerajaan peringkat pertengahan dan rendah juga dipantau rapi kerana ada kes di mana gaya hidup mereka tidak seiring dengan pendapatan bulan.

Menurut laporan akhbar tempatan, terdapat kes di Sabah di mana sekumpulan penjawat awam bercuti ke luar negara dan menunjuk-nunjuk aktiviti sepanjang tempoh percutian itu di Facebook hingga ia menjadi bualan Netizen.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan bahawa pihaknya kini sedang membuat pemantauan di laman sosial milik penjawat awam yang gemar menayang gaya hidup mewah mereka.

Jelas Azam, SPRM akan bekerjsama rapat dengan pihak berkuasa lain seperti Jabatan Imigresen bagi memeriksa kekerapan perjalanan penjawat awam terlibat ke luar negara bersama ahli keluarga dan tujuan berbuat demikian.

Baru-baru ini, seorang ketua setiausaha sebuah kementerian ditahan bersama sejumlah wang tunia dan jongkong emas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta dalam satu operasi di sebuah rumah di Subang Jaya pada Rabu.
SPRM Dedahkan Cara Menyiasat Penjawat Awam Terbabit Rasuah SPRM Dedahkan Cara Menyiasat Penjawat Awam Terbabit Rasuah Reviewed by Khairuddin Halim on 9:51 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.