Susah Dapat Tajaan Pakaian Kerana Badan Berisi

Bryce-Dallas-SAG2017

Keadaan betuk tubuh yang agak berisi menyebabkan aktres Bryce Dallas sukar untuk mendapatkan tajaan pakaian dari pereka fesyen terkenal selain sukar mendapat kerjasama dari penata gaya.

Memetik laporan Mstar, Bryce memberitahu bahawa dia terpaksa membeli sendiri pakaian untuk digayakan di hamparan karpet merah pada Screen Actors Guild Awards 2017 (SAG2017) yang berlangsung pada Isnin lalu.

Bryce yang pernah membintangi filem Black Mirror bagaimanapun tidak kisah dengan situasi tersebut dan tidak mahu ia dijadikan alasan untuk tidak bergaya pada acara karpet merah.

Malah, dia sangat gembira apabila gaun tanpa lengan dengan potongan dada rendah yang dibelinya dengan duit sendiri itu berjaya menarik perhatian ramai.

Bercakap kepada media, dia turut memberitahu, gaun yang dibeli menerusi butik Dress of Population itu hanya berharga RM1,300.

Bryce-Dallas-Hot
Susah Dapat Tajaan Pakaian Kerana Badan Berisi Susah Dapat Tajaan Pakaian Kerana Badan Berisi Reviewed by Khairuddin Halim on 3:15 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.