'Tahi Jentera Padi' Bahayakan Pengguna Jalan Raya

tahi-jentera-padi-1

Beginilah permandangan disebuah kampung yang terletak di negeri Perlis ketika musim padi ini.

Tanpa mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain Pemilik jentera padi meninggalkan sisa sisa lumpur dari tayar Jentera bila melalui jalan awam.

Sikap sebegini tidak beza dengan perbuatan 'khianat' seperti menabur paku atau minyak untuk meraih keuntungan, bezanya cuma pemilik jentera padi dapat hasil manakala penduduk setempat pula mendapat bencana.

tahi-jentera-padi-2

Mengikut kata penduduk setempat kemalangan sering berlaku melibatkan pelajar sekolah dan orang ramai yang keluar seawal pagi berpunca dari 'tahi jentera padi ini'.

Mohon kerjasama pihak berkuasa untuk memantau atau tindakan tegas harus diambil kepada pemilik jentera padi yang tidak bertanggungjawab ini.

Lokasi : Sg Padang
Sumber : Durian Kopi O
'Tahi Jentera Padi' Bahayakan Pengguna Jalan Raya 'Tahi Jentera Padi' Bahayakan Pengguna Jalan Raya Reviewed by Khairuddin Halim on 1:26 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.