Tulisan 'Cakar Ayam' Doktor Menyusahkan Pesakit

ugly-writing-doctor

Sebuah mahkamah di Dhaka baru-beru ini melarang para doktor daripada menulis preskripsi ubat yang dibekalkan kepada pesakit.

Arahan itu dibuat selepas tulisan 'cakar ayam' doktor sukar dibaca hingga menyebabkan pesakit mengambil ubat yang salah.

Menurut hakim mahkamah yang mengendali kes tersebut berkata, sebagai alternatif, doktor yang berkenaan perlu menaip preskripsi terbabit atau menulisnya dalam huruf besar.

Dalam pada masa yang sama, mahkamah turut mengarahkan para doktor supaya melabel nama ubat secara am berbanding  terlalu memperincikan nama ubat berkenaan.

Seorang peguam yang memfailkan tuntutan berkaitan kepentingan awam itu berkata, kebanyakan pesakit termasuk ahlu farmasi sendiri tidak boleh membaca tulisan doktor di atas preskripsi ubat yang dibekalkan kepada mereka.

Katanya, pengambilan ubat yang salah kerap terjadi dan perkara itu menelan kos yang tinggi selain mendedahkan pesakit kepada bahaya.

Arahan yang dikeluarakan mahkamah itu mendapat pujian netizen di media sosial walaupun  beberapa doktor dikatakan meminta pihak kerajaan supaya memperkenalkan sistem preskripsi berkomputer untuk memudahkan urusan terbabit.
Tulisan 'Cakar Ayam' Doktor Menyusahkan Pesakit Tulisan 'Cakar Ayam' Doktor Menyusahkan Pesakit Reviewed by Khairuddin Halim on 10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.