6 Petanda Awal Permohonan Kerja Anda Mungkin Ditolak

Woman-applicant-worrying

Setiap calon yang hadir temuduga pastinya akan mengharapkan agar mendapat pekerjaan yang berkenaan. Adakalanya dunia ini amat kejam. Majikan sudahpun mempunyai calon pilihan mereka sebelum temuduga diadakan.

Mungkin anak sepupu Datuk. Mungkin anak saudara Tan Sri. Temuduga hanyalah sebagai pelengkap SOP syarikat sahaja. Sekiranya perkara-perkara di bawah berlaku, kemungkinan besar temuduga anda gagal.


Tujuan saya berkongsi sedikit pengalaman di bawah supaya adik-adik tidak patah semangat dan terus berusaha untuk mencari pekerjaan yang baik dan sesuai. Jangan mudah berputus asa.

1. Sekiranya temuduga dijalankan terlalu singkat. 15 minit bagi saya adalah terlalu singkat untuk temuduga. Sekiranya ini berlaku, kemungkinan penemuduga tidak berminat dengan anda atau mereka sudah mempunyai calon di hati. Istilah 'short and sweet' tidak terpakai di sini.

2. Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar, gaji adalah perkara penting yang dipertimbangkan oleh syarikat sebelum mengambil anda bekerja. Sekiranya penemuduga tidak langsung menyentuh gaji yang diminta oleh anda, kemungkinan besar gaji yang diminta terlalu sedikit atau beliau tidak berminat dengan anda.

3. Penemuduga tidak berminat untuk bercerita tentang pekerjaan yang anda pohon atau sesuatu berkenaan dengan syarikat, tempat anda bakal bekerja. Dalam pada yang sama, majikan tidak menunjukkan minat untuk menyemak sijil-sijil anda serta berbual di dalam temuduga berkenaan.

4. Kadangkala satu nasihat daripada penemuduga tidak semestinya bermaksud baik. Penemuduga ada kalanya memberikan beberapa tips kepada anda di dalam temuduga tersebut supaya anda dapat lakukan dengan lebih baik di dalam temuduga yang akan datang.

5. Perkara paling penting yang akan majikan tanya adalah bila anda boleh mulakan kerja. Tujuan temuduga adalah untuk mencari calon pekerja yang boleh memulakan kerja secepat yang mungkin. Sekiranya ini tidak ditanya, mereka tidak berminat dengan anda.

6. Langkah seterusnya seperti temuduga kedua atau semakan ke atas 'references". Sekiranya penemuduga tidak memberitahu anda langkah seterusnya seperti bila keputusan akan keluar, bila akan diadakan temuduga kedua atau tidak menyemak siapa 'references' anda, kemungkinan besar temuduga anda berakhir di situ.

6 Petanda Awal Permohonan Kerja Anda Mungkin Ditolak 6 Petanda Awal Permohonan Kerja Anda Mungkin Ditolak Reviewed by Abdul Qayyum on 11:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.