Junsu Jual Hotel Selepas Tidak Bayar Gaji Pekerja

Toscana-Hotel-Junsu

Hotel Toscana yang terletak di Pulau Jeju, milik anggota kumpulan JYJ, Kim Junsu yang dibina pada September 2014 berjaya disenarai sebagai hotel yang berpendapatan tinggi selepas tiga tahun beroperasi apabila dikatakan memperoleh pendapatan sekitar RM93 juta (AS$21 juta).

Kemewahan yang diperolehi Junsu rupa-rupanya tidak dirasai para pekerja hotel berkenaan dan satu sumber memberitahu bahawa pihak pengurusan banyak berahsian dengan kakitangan.

"Tidak ads rasa kepercayaan antara pengurusan dan pekerja merupakan masalah utama. Pihak pengurusan tidak pernah berterus terang dengan pekerja tentang pendapatan yang diperolehi hotel itu dalam sebulan,"kata sumber itu.

Rupa-rupanya, hotel milik Junsu itu diuruskan oleh ahli keluarga di mana bapanya dilantik sebagai pengurusi, abangnya sebagai ketua pegawai eksekutif, sepupunya sebagai ketua pengurusan perniagaan, manakala ibu saudaranya pula sebagai pengurus besar.

kim-Junsu

Malah, Junsu juga menggunakan akaun peribadinya untuk pengurusan keluar masuk wang keuntungan perniagaan hotel berkenaan.

Mungkin hotel berkenaan diuruskan oleh ahli keluarga maka para pekerja sering menghadapi masalah apabila tiba hari gaji.

"Kami tidak pernah mendapat gaji pada hari yang ditetapkan, sering lewat. Malah paling teruk apabila pernah lewat sehingga 20 hari. Oleh kerana masalah itu, ramai pekerja yang menderita kerana kebanyakkan pinjaman mereka tidak dilukuskan oleh pihak bank," cerita sumber berkenaan yang juga merupakan pekerja hotel itu.

Kata pekerja itu, kakitangan hanya tahu berita yang hotel itu telah dijual pada 7 Febuari lalu dan pihak pengurusan tidak membuat sebarang pengumuman berkenaan penjualan hotel tersebut.

"Pihak pengurusan tidak mengambil berat soal pekerja dan pandai-pandai kami untuk mencari pekerjaan lain. Malah mereka juga tidak ada memberi wang ganti rugi kepada pekerja," katanya sedih.

Sementara itu, pihak pengurusan Junsu, C-Jes Entertainment ketika dihubungi memberitahu, itu adalah masalah peribadi dan mereka tiada kuasa untuk mencampuri urusan berkenaan. - Utusan
Junsu Jual Hotel Selepas Tidak Bayar Gaji Pekerja Junsu Jual Hotel Selepas Tidak Bayar Gaji Pekerja Reviewed by Siti Norasikin on 12:37 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.