Khabar Angin Kim Soo Hyun & Sohee Akan Berkahwin Tidak Benar

Kim-Soo-Hyun-Sohee

Pada awal Febuari lalu, portal Sina melaporkan aktor Kim Soo Hyun dan bekas anggota kumpulan Wonder Girls, Sohee akan berkahwin dalam waktu terdekat selepas setahun bercinta secara rahsia.

Menurut laporan, Sohee telah menandatangani kontrak dengan KeyEast menerusi Soo Hyun pada September 2015. Bagaimanapun, KeyEast menafikan berita tersebut.

Menurut wakil KeyEast, berita yang melaporkan artis naungan mereka akan berkahwin dengan Sohee hujung April ini adalah tidak benar.

"Tidak berbaloi untuk pihak kami memberi maklum balas selepas berita itu disiarkan. Kami hanya memberitahu pihak media bahawa barita itu adalah palsu. Jika pihak berkenaan berita palsu lagi, kami akan mengambil tindakan undang-undang," kata wakil KeyEast seperti yang dilaporkan oleh portal All K-Pop
Khabar Angin Kim Soo Hyun & Sohee Akan Berkahwin Tidak Benar Khabar Angin Kim Soo Hyun & Sohee Akan Berkahwin Tidak Benar Reviewed by Siti Norasikin on 7:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.