Netizen Pertikai Status 'Haji' Nabil Ahmad

Nabil-Nazirah-Kiss

Penyampai radio ERA, Nabil Ahmad dikecam netizen gara-gara foto beliau sedang bercium mulut bersama isterinya, Nazirah Ayub ketika bercuti di Venice, Itali minggu lalu tersebar di laman sosial hingga menjadi viral.

Dalam satu kenyataan, Nabil menafikan bahawa beliau yang memuat naik gambar tersebut di laman sosial untuk tatapan peminatnya.

Dia turut menjelaskan bahawa foto tersebut telah dirakam seorang jurugambar yang mengikutinya bercuti sebelum ia dimuatnaik di laman Instagram milik jurugambar berkenaan tanpa pengetahuanya.

nabil-nairah-venice

Memetik laporan Berita Harian, Nabil menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali memuatnaik foto-foto yang boleh mengundang persepsi negatif dan kecaman masyarakat menerusi media sosial.

Sejak fotonya bercium di tempat awam menjadi viral, kredibiliti Nabil sebagai seorang bergelar Haji dipertikai netizen kerana masih tidak tahu membezakan perkara baik atau tidak untuk dikongsikan bersama orang ramai.

Bagaimanapun,  Nabil tidak mengambil serius kecaman yang dihambur ke atas dirinya. Malah Nabil turut menasihatkan pihak yang mengecam perbuatanya itu agar menjaga diri sendiri sambil menegaskan bukan dirinya yang menyebarkan gambar tersebut.
Netizen Pertikai Status 'Haji' Nabil Ahmad Netizen Pertikai Status 'Haji' Nabil Ahmad Reviewed by Siti Norasikin on 9:49 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.