Royal Pirates Buat Kejutan Sempena Hari Kekasih

royal-pirates

Anggota kumpulan Royal Pirates, Kim Moon Chul berjaya membuat kejutan kepada peminatnya apabila mengumumkan tampil dengan single solo pertama berjudul Dark Chocolate.

Lagu itu akan diperdengar kepada orang ramai sempena Hari Kekasih, 14 Febuari ini sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang menunggu kumpulan itu muncul dengan irama baharu.

Semoga Dark Chocolate dapat menghibur peminat kumpulan itu yang akhir-akhir ini melalui pelbagai dugaan termasuklah penarikan diri James daripada Royal Pirates. James tidak lagi dengan kumpulan itu kerana masalah kesihatan yang dialami sejak 2015.

Selain Moon Chul, Royal Pirates turut dianggotai Kim Soo Yoon atau lebih dikenali sebagai EXSY.
Royal Pirates Buat Kejutan Sempena Hari Kekasih Royal Pirates Buat Kejutan Sempena Hari Kekasih Reviewed by Siti Norasikin on 3:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.