Tak Pakai Serban Bukan Bermakna Tidak Sayang Nabi

Walau sudah banyak kali penjelasan diberi melelui sesi kuliah atau ceramah-ceramah agama tentang hukum memakai serban, namun masih terdapat segelintir masyarakat hari ini keliru tentang hukum pemakaian serban samada wajib ke, harus ke atau sunat.

Ada persoalan timbul mengatakan jika seseorang lelaki muslim tidak memakai serban itu tandanya dia tidak mengasihi Nabi Muhammad SAW.

Untuk merungkai kekeliruan ini kami ingin kongsikan pendapat atau pandangan seorang pendakwah bebas, Al-Syaikh Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir tentang perkara tersebut yang kami siar semula di sini.

serban-adik-comel

ISLAM tidaklah begitu ketat kerana ianya adalah agama rahmat. Islam sesuai dengan kehidupan. Maka ada perkara dasar dalam Islam, pada masa yang sama terdapat juga yang hanya perkara tambahan sahaja.

Dalam aspek pakaian, perkara dasarnya ialah pakaian yang menutup aurat yang bersesuaian dengan lelaki dan wanita. Apa sahaja pakaian yang menutup aurat ia sudah dikira menepati kehendak Islam. Adapun pakaian serban, ia bukanlah dasar utama dalam Islam. Sekadar perkara sunat sahaja.

Pengajaran agama hendaklah diterangkan dengan sebaiknya. Mohon maaf jika huraian huraian para penceramah kurang jelas. Saya juga bimbang jika tulisan dan ceramah saya kurang difahami pembaca serta pendengar. Akhirnya ia membawa fitnah kepada Islam. - Utusan
Tak Pakai Serban Bukan Bermakna Tidak Sayang Nabi Tak Pakai Serban Bukan Bermakna Tidak Sayang Nabi Reviewed by Abdul Qayyum on 10:45 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.