Teka-Teki Hubungan Cinta Neelofa Hampir Terjawab

rms-neelofa

Persoalan Kerabat Raja Mana Pula Sedang 'Berkawan' Dengan Neelofa yang bermain di fikiran peminat dunia hiburan tanah air beberapa minggu lalu seakan-akan terjawab hari ini.

Beberapa portal hiburan tempatan dilihat sudah mula mendedahkan sikit demi sedikit siapa gerangan kerabat diraja tersebut yang dikatakan sedang menyemai 'benih cinta' dengan aktress cantik, Neelofa.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial telah memuat naik beberapa keping foto mesra Neelofa bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah duduk semeja dalam satu majlis amal di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menurut sumber, foto berkenaan dipercayai dirakam pada sekitar Disember tahun lepas sebelum ia viral dan menjadi perbahasan hangat netizen di media sosial.

lofaamir-skandal

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan juga pernah melaporkan seorang netizen pernah melihat kelibat sebuah kereta kerabat diraja berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Neelofa pergi menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, status hubungan mereka masih belum dapat dipastikan samada bercinta atau tidak.

Untuk mengelak sebarang spekulasi, netizen diminta supaya bersabar dan bersangka baik sehingga kedua-dua pasangan itu tampil memberi penjelasan tentang hubungan mereka.
Teka-Teki Hubungan Cinta Neelofa Hampir Terjawab Teka-Teki Hubungan Cinta Neelofa Hampir Terjawab Reviewed by Siti Norasikin on 2:24 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.